Thursday, 1 November 2012

tenaga taufan

Struktur fizikal

Struktur utama bagi sesebuah taufan ataupun ribut tropika adalah seperti berikut:-
  • Mata taufan - Mata taufan adalah "pusat" utama bagi sesuatu sistem taufan. Kawasan tersebut merupakan kawasan dengan tekanan udara paling rendah, oleh itu ia menjadi tumpuan bagi angin kencang di sekelilingnya. Dengan itu, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan (ciri tersebut memudahkan taufan dikesan melalui satelit) tetapi angin di sekelilingnya adalah paling kencang serta awan yang mengelilingi mata taufan juga tebal.
  • Dinding mata - Jaluran awan paling tebal yang mengelilingi mata taufan. Pada bahagian dinding mata, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.
  • Jalur hujan - Jalur hujan adalah barisan awan hujan yang tersusun secara berpilin mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tetapi ruang antara jalur hujan boleh jadi tenang.

Peringkat taufan

Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-
  1. Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.
  2. Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
  3. Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Kesan taufan


Kesan serangan Taufan Katrina di Gulfport, Mississippi. Taufan Katrina adalah siklon tropika yang mengakibatkan kerugian paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat.
  • Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
  • Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.
  • Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

Asal istilah taufan


Bangunan Taipei 101 berdepan dengan ribut taufan pada tahun 2005
Terdapat dua kemungkinan mengenai asal-usul istilah "taufan" dalam Bahasa Melayu serta istilah "typhoon" dalam Bahasa Inggeris. Pendapat pertama mengatakan istilah tersebut diambil daripada istilah Cina iaitu 大風 (Kantonis: daaih fūng; Mandarin: dà fēng) yang bermaksud "angin kencang". Satu lagi pendapat mengatakan istilah tersebut diambil daripada perkataan Urdu, Parsi dan Arab ţūfān (طوفان), yang diambil istilahnya daripada tuphōn (Τυφών), raksasa di dalam mitos Yunani yang bertanggungjawab membawa angin panas.
Dalam Bahasa Melayu, istilah "taufan", "hurikan" dan "siklon tropika" membawa maksud yang sama tetapi di dalam Bahasa Inggeris, ketiga-tiga istilah adalah berbeza mengikut tempat. Istilah hurricane digunakan bagi taufan yang melanda bahagian Atlantik Utara dan Pasifik Timur Laut. Istilah "typhoon" pula digunakan di bahagian Pasifik Barat Laut.

Lokasi taufan, badan penjejak taufan, dan skala angin yang digunakan

Terdapat lapan lembangan (tempat) utama yang menjadi tempat pembentukan siklon tropika, iaitu utara Lautan Atlantik, timur Lautan Pasifik, barat Lautan Pasifik, tenggara Lautan Pasifik, utara Lautan Hindi, timur laut Lautan Hindi, tenggara Lautan Hindi dan tengah Lautan Pasifik (diasingkan atas sebab siklon tropika jarang-jarang terbentuk di kawasan ini). Setiap satu lembangan telah ditetapkan satu Pusat Meteorologi Khusus Serantau (Regional Specialized Meteorological Center, RSMC), dan beberapa Pusat Amaran Siklon Tropika (Tropical Cyclone Warning Centre, TCWC), untuk memberikan maklumat, nasihat cuaca, dan amaran cuaca, seperti yang telah dipersetujui dalam konsensus Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO PBB).

Rajah lembangan-lembangan utama beserta pusat meteorologi yang diberi kuasa dalam sesuatu lembangan. Berikut ialah senarai nama semua lembangan:

1. Utara Lautan Atlantik
2. Timur laut Lautan Pasifik
3. Barat laut Lautan Pasifik
4. Utara Lautan Hindi
5. Barat daya Lautan Hindi
6. Tenggara Lautan Hindi
7. Selatan Lautan Pasifik.

Nota: Lembangan Tengah Lautan Pasifik berada di antara kawasan 2 dan 3.
Lembangan dan Institusi Pemantauan WMO[1]
Lembangan RSMC dan TCWC yang dipertanggungjawabkan
Utara Lautan Atlantik Pusat Hurikan Kebangsaan
Timur Laut Lautan Pasifik Pusat Hurikan Kebangsaan
Tengah Lautan Pasifik Pusat Hurikan Pasifik Tengah
Barat Laut Lautan Pasifik Agensi Meteorologi Jepun
Utara Lautan Hindi Jabatan Meteorologi India
Barat Daya Lautan Hindi Météo-France
Selatan dan Barat Laut Lautan Pasifik Perkhidmatan Meteorologi Fiji
Perkhidmatan Meteorologi New Zealand
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Papua New Guinea
Biro Meteorologi (Australia)
Tenggara Lautan Hindi Biro Meteorologi (Australia)
Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia
: Menunjukkan Pusat Amaran Siklon Tropika

Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik

Skala Hurikan Saffir-Simpson
Kategori Kelajuan angin Pusuan ribut

km/j
(b/j)
m
(kaki)
Hurikan
kategori
5
≥250
(≥156)
>5.5 (>18)
Hurikan
kategori
4
210–249
(131–155)
4.0–5.5
(13–18)
Hurikan
kategori
3
178–209
(111–130)
2.7–3.7
(9–12)
Hurikan
kategori
2
154–177
(96–110)
1.8–2.4
(6–8)
Hurikan
kategori
1
119–153
(74–95)
1.2–1.5
(4–5)
Pengelasan lain
Ribut
tropika
63–117
(39–73)
0–0.9
(0–3)
Lekukan
tropika
0–62
(0–38)
0.2
(0)
Semua jejak siklon tropika di utara Lautan Atlantik dari tahun 1851 hingga tahun 2005
Semua jejak siklon tropika di utara Lautan Atlantik dari tahun 1980 hingga tahun 2005
Kawasan ini dipantau oleh Pusat Hurikan Kebangsaan (National Hurricane Center, NHC), Miami, Amerika Syarikat.
Bagi lembangan Lautan Atlantik, kawasan ini juga merangkumi utara Lautan Atlantik, Laut Karibia, dan Teluk Mexico. Setiap tahun, bilangan siklon tropika yang terbentuk di dalam kawasan ini adalah tidak tetap. Secara purata kira-kira 10 ribut tropika terbentuk setiap tahun daripada data yang dikumpulkan antara tahun 1950 dan tahun 2005. 6 daripadanya mencapai status hurikan, dan 3 ribut mencapai status hurikan major iaitu hurikan kategori 3 dan ke atas. [2] Sekurang-kurangnya satu ribut terbentuk pada tahun 1914, manakala pada tahun 2005 telah mencatatkan rekod dengan terbentuknya 28 sistem ribut. Musim hurikan bagi lembangan ini diisytiharkan bermula pada 1 Jun dan berakhir pada 30 November setiap tahun. [3]
Acap kali, pesisir Amerika Syarikat dari Texas ke Maine, Mexico, Amerika Tengah, Kepulauan Karibia, dan Bermuda menerima kesan langsung daripada ribut-ribut tropika yang terbentuk di kawasan ini. Venezuela, tenggara Kanada dan Kepulauan Macaraonesia juga kadangkala menerima tempias ribut-ribut ini.
Manakala di lembangan timur Lautan Pasifik pula, kawasan yang berada bawah tanggungjawab NHC meliputi kawasan 140°T sehinggalah pesisir benua Amerika Utara. Di sini, secara purata, 16 ribut berlaku setiap tahun, dengan 9 daripadanya menjadi hurikan dan 4 hurikan major. Musim hurikan bermula dengan rasminya pada 15 Mei dan berakhir pada 30 November setiap tahun.[3] Ribut yang terbentuk di kawasan ini sering memberi ancaman kepada Mexico, dan juga kadang kala negara-negara Amerika Tengah, tetapi amat-amat jarang membadai bandar-bandar Amerika Syarikat seperti California.
Di kedua-dua lembangan ini, NHC menggunakan Skala Hurikan Saffir-Simpson bagi mengelaskan siklon tropika mengikut kelajuan angin.

Tengah Lautan Pasifik


Jejak semua siklon tropika di Lautan Pasifik di sebelah timur Garisan Tarikh Antarabangsa bahagian hemisfera utara. Garisan melintang putih menandakan sempadan di antara lembangan tengah Lautan Pasifik (bawah seliaan CPHC) dan timur laut Lautan Pasifik (bawah kawasan seliaan NHC).
Lembangan ini pula dipantau oleh Pusat Hurikan Pasifik Tengah (Central Pacific Hurricane Center, CPHC), merangkumi kawasan 140°T hingga Garis Tarikh Antarabangsa. Jangka masa rasmi musim hurikan di sini ditakrifkan antara 1 Jun dan 30 November. Kekerapan terbentuknya ribut-ribut di sini sangatlah rendah dan jarang-jarang. Secara puratanya, hanya kira-kira 4 hingga 5 ribut yang terbentuk di sini setiap tahun. [4] Atas sebab yang demikian, lembangan ini diwujudkan di antara lembangan barat laut Lautan Pasifik dan timur laut Lautan Pasifik, yang jauh lebih banyak aktiviti ributnya. CPHC turut menggunakan Skala Hurikan Saffir-Simpson untuk mengelaskan kelajuan angin ribut.

Barat laut Lautan Pasifik

Skala kekuatan siklon tropika
Agensi Kaji Cuaca Jepun
Kategori Angin
Taufan >64 knot
>118 km/j
Ribut tropika
kencang
48-63 knot
89 km/j - 117 km/j
Ribut tropika 35-48 knot
62 km/j - 88 km/j
Lekukan
tropika
<33 knot
<61 km/j
Semua jejak siklon tropika di barat Lautan Pasifik dari tahun 1980 hingga tahun 2005
Semua jejak siklon tropika di barat Lautan Pasifik dari tahun 1980 hingga tahun 2005
RSMC yang telah ditetapkan bagi lembangan barat laut Lautan Pasifik ialah Agensi Meteorologi Jepun. Skala angin yang digunakan adalah seperti yang dipaparkan di sebelah. [5] Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat (Joint Typhoon Warning Center, JTWC) turut memantau lembangan ini. Secara tidak rasmi, JTWC menggunakan Skala Hurikan Saffir-Simpson dengan pengelasan tambahan – taufan super; yakni siklon tropika berkelajuan sekurang-kurangnya 130 knot (240 km/j).[6] JMA menggunakan kelajuan angin purata berterusan selama 10 minit manakala JTWC menggunakan tempoh 1 minit. Hal ini menyebabkan kelajuan angin yang dicatatkan oleh JTWC kelihatan lebih tinggi daripada JMA. [7]
Lembangan ini merupakan lembangan teraktif di muka bumi ini kerana secara puratanya 26 ribut tropika terbentuk setiap tahun. Manakala purata 16 taufan dicatatkan bagi tempoh antara tahun 1968 dan 1989. [8] Kawasan yang dicakupi dalam lembangan ini ialah kawasan ke utara Khatulistiwa dan barat Garis Tarikh Antarabangsa, termasuklah Laut China Selatan. Ribut boleh terbentuk sepanjang tahun di lembangan ini. Walau bagaimanapun, bulan Februari dan Mac mencatatkan aktiviti terendah bagi pembentukan ribut. [9]
Ribut-ribut tropika yang terbentuk di sini lazimnya melanda China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, dan Taiwan, serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan Malaysia. Malaysia menerima kesan tidak langsung daripada ribut-ribut tropika ini, terutamanya negeri Sabah dan di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Hal ini tidaklah mustahil apabila ribut-ribut berdekatan Filipina atau Vietnam terbentuk, "ekornya" mampu memberi kesan terhadap kawasan-kawasan tadi. Namun begitu, Malaysia turut pernah dilanda ribut tropika, walaupun jarang-jarang sekali, seperti Ribut Tropika Greg yang membadai Sabah pada 1996 dan juga Ribut Tropika Vamei yang bertemu daratan di Johor pada tahun 2001. [10]

Utara Lautan Hindi

Skala kekuatan siklon tropika
Jabatan Kaji Cuaca India
Kategori Angin
(purata 3 minit)
Ribut siklon super >120 knot (kt)
>222 km/j
Ribut siklon
sangat kencang
64–119 knot (kt)
118–221 km/j
Ribut siklon
kencang
48–63  knot (kt)
88–117 km/j
Ribut siklon 34–47 knot (kt)
62–87 km/j
Lekukan dalam 28–33 knot (kt)
52–61 km/j
Lekukan ≤27 knot (kt)
≤51 km/j

Semua jejak siklon tropika yang terbentuk dalam lembangan ini di antara tahun 1980 dan 2005.
Agensi Meterologi India (India Meteorological Department, IMD) merupakan RSMC yang dipertanggungjawabkan untuk memantau lembangan ini yang mencakupi kawasan di antara 45° Timur dan 100° Timur, di hemisfera utara. Lebih dikenali sebagai RSMC New Delhi, India, IMD menggunakan pengelasan enam tahap kelajuan angin ribut sejak tahun 1998. RSMC New Delhi menggunakan kelajuan angin purata berterusan selama 3 minit. [11]
Lembangan ini dibahagikan kepada Teluk Bengal dan Laut Arab. Hanya kira-kira empat hingga enam ribut sahaja yang terbentuk secara purata setiap tahun. Aktiviti pembentukan ribut lebih tertumpu di Teluk Bengal daripada Laut Arab, kira-kira 5 ke enam kali ganda dari segi perbandingan. Puncak musim ribut di lembangan ini berlaku pada sekitar bulan April-Mei (sebelum mulanya musim monsun) dan Oktober-November.[12]
Kategori lekukan merupakan kategori terendah yang digunakan oleh RSMC New Delhi untuk mengelaskan siklon tropika yang berkelajuan 51 km/j dan ke bawah. Sekiranya kelajuan angin mencapai dalam lingkungan 52–61 km/j, siklon tropika tadi diberi status lekukan dalam. Apabila kelajuan angin lekukan dalam tadi telah mencapai di antara 62 km/j dan 87 km/j, ia akan dikenali sebagai ribut siklon, dan diberi nama oleh RSMC New Delhi.[11]
Kadangkala ribut siklon mampu bertambah kelajuan anginnya. Apabila angin mencecah kelajuan 88–117 km/j maka ribut siklon tadi akan bertukar menjadi ribut siklon kencang. Pengelasan ribut siklon sangat kencang hanya ditetapkan pada mana-mana siklon tropika setelah kelajuan angin 118–221 km/j dicatatkan dan pengelasan tertinggi iaitu ribut siklon super, hanya diberi apabila kelajuan angin dilaporkan selaju 222 km/j dan ke atas.[11]
Walaupun lembangan ini menghasilkan hanya sedikit aktiviti ribut, namun, kerap kali ribut siklon meragut korban nyawa yang besar. Misalnya ribut siklon yang melanda Bhola pada tahun 1977, telah mengorbankan setengah juta nyawa. Kawasan-kawasan yang sering terjejas akibat ribut siklon ialah India, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Pakistan dan Thailand. Jarang-jarang ribut siklon mengancam Semenanjung Arab dan juga Somalia; namun begitu Siklon Gonu telah membadai Oman pada tahun 2007, menyebabkan kerosakan harta-benda yang sangat teruk.

Barat laut Lautan Hindi

Skala kekuatan siklon tropika
barat laut Lautan Hindi
Kategori Angin
Siklon tropika
sangat kencang
>115 knot
>212 km/j
Siklon tropika
kencang
90-115 knot
166-212 km/j
Siklon
tropika
64-89 knot
118-165 km/j
Ribut tropika
kencang
48-63 knot
89-117 km/j
Ribut tropika
sederhana
34-47 knot
63-88 km/j
Lekukan
tropika
28-33 knot
51-62 km/j
Gangguan
tropika
<28 knot
<50 km/j

Semua jejak siklon tropika di barat laut Lautan Hindi dari tahun 1980 hingga tahun 2005
Mana-mana siklon tropika yang terbentuk di Lautan Hindi sebelah hemisfera selatan, di antara 90° Timur dan benua Afrika berada bawah seliaan RSMC La Reunion yang dipertanggugnjawabkan atas Météo-France. Kawasan yang kerap dibadai siklon tropika di kawasan ini ialah Madagascar, Mozambique, Mauritius, Réunion, Comoros, Tanzania, dan Kenya.[13] Secara purata, setiap tahun kira-kira 10 siklon tropika yang terbentuk di lembangan ini. Dan lembangan ini juga mencatatkan korban tertinggi akibat siklon tropika setiap tahun, sehingga 80 kematian dicatatkan. [8]
RSMC La Reunion mengelaskan siklon tropika kepada tujuh kategori berbeza mengikut kelajuan angin. Tidak seperti Skala Hurikan Saffir-Simpson yang menggunakan ukuran kelajuan angin purata berterusan selama 1 minit, RSMC La Reunion pula mengukur kelajuan angin purata berterusan selama 10 minit, seperti kebanyakan RSMC lain. [13] Jadual di sebelah kanan menunjukkan pengelasan yang digunakan oleh RSMC LA Reunion.
Siklon tropika di lembangan ini hanya diberi nama oleh Pusat Sub Serantau di Mauritius atau di Madagascar sekiranya mencapai status sebagai suatu ribut tropika sederhana, iaitu berkelajuan minimum 48 knot (89 km/j).[14]

Tenggara Lautan Hindi (Australia)

Skala siklon tropika kawasan Australia
dan selatan Lautan Pasifik
Kategori Angin Langkisau
Lima >107 knot
>200 km/j
>151 knot
>279 km/j
Empat 86-107 knot
160-200 km/j
122-151 knot
225-279 km/j
Tiga 64-85 knot
118-159 km/j
90-121 knot
165-224 km/j
Dua 48-63 knot
89-117 km/j
68-89 knot
125-164 km/j
Satu 34-47 knot
63-88 km/j
49-67 knot
91-125 km/j
Lekukan
Tropika
<34 knot
<63 km/j
<49 knot
<91 km/j

Semua jejak siklon tropika di Tenggara Lautan Hindi dari tahun 1980 hingga tahun 2005
Ribut-ribut siklon yang terbentuk di sini sering memberi ancaman terhadap Australia dan tidak kurang juga kepada Indonesia. Menurut Biro Meteorologi Australia, Exmouth, Australia Barat dan Broome, Australia Barat sering dibadai siklon tropika. [15] Setiap tahun, kira-kira tujuh siklon tropika terbentuk di kawasan ini, dan bilangan ini boleh bertambah apabila siklon tropika terbentuk di lembangan bersebelahan (iaitu lembangan barat daya Lautan Hindi) dan merentasi lembangan ini. [8] Purata sebanyak lima siklon tropika mampu mencapai kelajuan angin Kategori 5 setiap tahun. [16][17]

Selatan Lautan Pasifik


Semua jejak siklon tropika di selatan Lautan Pasifik dari tahun 1980 hingga tahun 2005
Lembangan ini pula dipantau oleh RSMC Nadi, Fiji, yang dipertanggungjawabkan atas Perkhidmatan Meteorologi Fiji. RSMC Nadi turut menggunakan skala siklon tropika Australia. [18] Umumnya ribut sering mengancam Australia Timur dan Oceania. Manakala Brisbane, Australia dan juga New Zealand jarang-jarang dibadai ribut, itupun hanya setelah siklon tropika berubah menjadi ribut luar-tropika. [19]
Purata setiap tahun, kira-kira sembilan siklon tropika yang terbentuk di lembangan ini. [8] Siklon tropika di kawasan ini juga sangat-sangat jarang-jarang mencapai kelajuan Kategori 5, misalnya Siklon Tropika Larry yang membadai Queensland, Australia, pada tahun 2006.[20]

Kawasan-kawasan samudera lain


Siklon Catarina yang berpusar di pesisiran Santa Catarina dan Rio Grande do Sul di Brazil.
Kawasan-kawasan selain lembangan utama yang telah dijelaskan, seringkali tiada pembetukan siklon tropika yang dapat diperhatikan. Maka kawasan tadi tidak diiktiraf sebagai lembangan rasmi. Namun begitu beberapa siklon tropika dilaporkan telah terbentuk di kawasan tadi, misalnya di selatan Lautan Atlantik. Pada tahun 2004, suatu siklon tropika yang diberi jolokan Siklon Catarina telah berpusar dan mencapai kekuatan Kategori 2 pada Skala Hurikan Saffir-Simpson. Siklon Catarina bertemu daratan di Brazil. Tahun 2010 juga menyaksikan siklon tropika yang diberi identiti Ribut Tropika Anita, terbentuk di pesisiran Rio Grande do Sul, Brazil. Terdapat juga beberapa sistem siklon tropika dan siklon subtropika lain yang lemah terbentuk pada Mac 1974[21], April 1991[22] , Januari 2004[23], Februari 2006[24] dan Januari 2009[25].
Kadangkala di Laut Mediterranean juga, sistem ribut seakan-akan siklon tropika juga terbentuk. Namun begitu, sistem tekanan rendah ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli cuaca, sama ada sistem-sistem tadi lebih bertepatan dengan ciri-ciri sistem tekanan udara rendah yang lain seperti siklon subtropika ataupun siklon luar-tropika. Kajian telah dijalankan terhadap fenomena sebegini yang dilaporkan terjadi pada September 1947, September 1969, Januari 1982, September 1983, dan Januari 1995. Walaupun sistem-sistem tekanan rendah ini mempunyai persamaan dari segi struktur dengan siklon tropika, namun, ia terbentuk dengan keadaan suhu permukaan laut 61 °F (16 °C), maka berkemungkinan ia merupakan suatu tekanan rendah kutub.[

Wednesday, 19 September 2012

Old Train Station and Railway Museum


The Old Train Station and Railway Museum is located in the city ofAguascalientes, in the state of Aguascalientes, in Mexico.
Aguascalientes was once the largest hub in Mexico's rail system, and it held the largest workshop and warehouse complex in all Latin America.
The museum consists of two buildings (old station and old loading warehouse) and wagons. The loading warehouse exhibits railway history in Aguascalientes: the working class wars, the mechanical workshop, the Mexican Revolution, the first trains, the history of locomotive engine No. 40, the opening of the workshops, the derailments, and the origins of the railway.
The museum is housed in four of the forty-eight huge departments, the oldest rooms that used to be part of the railway installations and which date from the end of the 19th century.
In the "La Estación" building are exhibited aspects of identity and culture. On the first floor there is a re-creation of a living room, a re-creation of the ticket offices, and pictures of the state's baseball team Los Rieleros, and of the city. On the second floor there is a telegraph office and another re-creation of a superintendent's office. It also includes an identity and culture show room where many railway personalities appear, such as Francisco López Medrano, best known as El Trainero, Ventura Salazar, Cornelio Cerecero Salazar, etc.

Wednesday, 14 December 2011

Ilmuan Islam Al Jazari.

Jam gajah


Jam gajah dalam sebuah manuskrip oleh Al-Jazari (1206 M) dari Buku Ilmu Alat Mekanikal Pintar. [1]
Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari (1136–1206), terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.
Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.
Selain daripada inovasi mekanikalnya, jam ini sendiri dilihat sebagai suatu contoh awal kepelbagaian budaya diwakili dalam teknologi. Gajah mewakili budaya India dan Afrika, naga mewakili budaya Cina, phoenix mewakili budaya Mesir Purba, kerja air mewakili budaya Yunani Purba, dan serban mewakili kebudayaan Islam.[2]

Mekanisme

Fail:Elephant clock, Dubai.JPG
Sebuah hasilan semula jam gajah dalam Ibn Battuta Mall, Dubai.
Mekanisme jalan waktu berasakan sebuah baldi dipenuhi air disembunyikan dalam gajah. Dalam baldi adalah sebuah mangkuk dalam terapung dalam air, tetapi dengan sebuah lubang kecil di tengah-tengah. Mangkuk mengambil setengah jam untuk dipenuhi melalui lubang ini. Dalam proses tenggelam, mangkuk itu menarik tali yang bercantum dengan sebuah mekanisme jongkang-jongket di menara di atas gajah. Ini membebaskan sebuah bola yang jatuh ke dalam mulut Ular, menyebabkan ular memaju ke hadapan, yang menarik mangkuk yang tenggelam keluar dari air melalui tali. Pada masa yang sama, suatu sistem talian menyebabkan sebuah tokoh di menara naik sama ada tangan kiri atau kanan dan mahout (pengendali gajah di hadapan) untuk memukul gendang. Ini mengindikasikan setengah atau jam penuh. Kemudian ular menarik balik. Kitaran ini kemudian berulang, selagi bola-bola berada di tangkungan bahagian atas untuk memberikan tenaga untuk mengosongkan mangkuk.[3]

Automaton

Dalam mekanisme, sebuah automaton berbentuk manusia memukul simbal dan sebuah burung mekanikal berkicau, seperti dalam jam cuckoo yang kemudian, selepas tiap jam atau sesetengah jam.[4]

Laluan jam berkenaan masa

Sebuah ciri inovatif jam ini adalah bagaimana ia merakamkan laluan jamberkenaan masa, yang bermakna bahawa kadar aliran harus diubah hari-hari untuk bersesuaian dengan panjang tempoh hari yang tidak seimbang sepanjang tahun. Untuk mencapai ini, jam ini mempunyai dua tangki, bahagian atas tangki telah bercantum dengan waktu mengindikasikan mekanisme dan bahagian bawah bercantum dengan pengatur kawal aliran gelung tutup. Pada waktu siang paip dibuka dan air mengalir dari bahagian atas tangki ke bahagian bawah tangki melalui sebuah pengatur terapung yang mengekalkan tekanan konstan dalam tangki penerimaan.[5]

Pengatur aliran

Mekanisme menggunakan sebuah pengatur aliran, yang digunakan sini untuk menentukan waktu apabila jam berbunyi di jeda mengikut jam. Jeda mengikut jam ditentukan dengan kegunaan suatu pembukaan kecil di sebuah alat pengangkutan berfungi yang terapung, di mana ia ditentukur untuk memberikan kadar diperlukan aliran di bawah kadar air yang berlainan.[4]
Penagtur terapung kemudiannya menjadi sebuah mekanisme umum sewaktu Revolusi Industri kurun ke-18, apabila ia digunakan dalam dandang sebuah enjin wap dan dalam sistem pengedaran air rumah tangga.[6]

Sistem gelung tutup

Ini kelihatan suatu contoh awal sistem gelung tutup dalam sebuah mekanisme. Jam berfungsi selagi adanya bola logam dalam

Monday, 14 November 2011

Hutan hujan Amazon

Hutan hujan Amazon (dalam Portugis, Floresta Amazônica atau Amazônia; Sepanyol: Selva Amazónica atau Amazonia; Perancis: Forêt amazonienne; Belanda: Amazoneregenwoud), juga digelar Hutan Amazon, merupakan sebuah hutan lembap berdaun lebar yang menutupi sebahagian besar Cekung Amazon dari Amerika Selatan. DAS ini meliputi tujuh juta kilometer persegi (1.7 bilion ekar), dimana lima setengah juta kilometer persegi (1.4 bilion ekar) ditutup dengan hutan hujan. Kawasan ini meliputi kawasan milik sembilan negara. Sebahagian besar hutan terkandung dalam Brazil, dengan 60% dari hutan hujan, diikuti oleh Peru dengan 13%, dan dengan sejumlah kecil di Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Surinam dan Guyana Perancis. Negara atau jabatan di empat negara menanggung nama Amazonas selepas itu. Amazon mewakili lebih daripada setengah dari planet yang tersisa hutan, dan itu terdiri daripada saluran terbesar dan paling kaya spesies hutan tropika di dunia.
Hutan hujan Amazon terpilih pada 2008 sebagai calon untuk salah satu New7Wonders of Nature oleh Yayasan Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Pada Februari 2009 Amazon peringkat pertama di Kumpulan E, kategori untuk hutan, taman negara dan simpanan semulajadi
Hutan hujan Amazon (dalam Portugis, Floresta Amazônica atau Amazônia; Sepanyol: Selva Amazónica atau Amazonia; Perancis: Forêt amazonienne; Belanda: Amazoneregenwoud), juga digelar Hutan Amazon, merupakan sebuah hutan lembap berdaun lebar yang menutupi sebahagian besar Cekung Amazon dari Amerika Selatan. DAS ini meliputi tujuh juta kilometer persegi (1.7 bilion ekar), dimana lima setengah juta kilometer persegi (1.4 bilion ekar) ditutup dengan hutan hujan. Kawasan ini meliputi kawasan milik sembilan negara. Sebahagian besar hutan terkandung dalam Brazil, dengan 60% dari hutan hujan, diikuti oleh Peru dengan 13%, dan dengan sejumlah kecil di Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Surinam dan Guyana Perancis. Negara atau jabatan di empat negara menanggung nama Amazonas selepas itu. Amazon mewakili lebih daripada setengah dari planet yang tersisa hutan, dan itu terdiri daripada saluran terbesar dan paling kaya spesies hutan tropika di dunia.
Hutan hujan Amazon terpilih pada 2008 sebagai calon untuk salah satu New7Wonders of Nature oleh Yayasan Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Pada Februari 2009 Amazon peringkat pertama di Kumpulan E, kategori untuk hutan, taman negara dan simpanan semulajadi

Monday, 7 November 2011

Muzik era barok

Muzik Barok merujuk kepada era dan set gaya bentuk muzik tradisi Eropah yang digunakan secara meluas pada kira-kira sekitar tahun 1600 dan 1750.
Muzik zaman ini dikatakan bermula dari akhir muzik era pembaharuan dan diikuti dengan permulaan muzik era klasikal. Makna asal "barok" bermaksud "mutiara yang tak serata", maksud yang bersesuaian dengan ciri-ciri seni bina era barok; kemudiannya istilah ini digunakan juga untuk muzik. Bentuk-bentuk muzik era barok membentuk satu bahagian yang utama dalam daftar karya muzik klasikal.
Muzik era ini dipersembahkan dan dipelajari dengan secara meluas. Antara karya-karya seni era ini termasuklah dari penggubah-penggubah seperti Johann Sebastian Bach, George Frideric Handel, Antonio Vivaldi dan Claudio Monteverdi.
Sepanjang tempoh ini, teori muzik, nada diatonik, dan muzik pengiring tiruan dicipta dan berkembang pesat. Persembahan muzik yang lebih merdu dan panjang lebar, begitu juga dengan perubahan dalam notasi muzik dan kemajuan dalam cara alat-alat muzik dimainkan juga muncul pada era ini. Muzik era barok menyaksikan satu perluasan dalam segi saiz, had dan kerumitan prestasi, begitu juga dengan kewujudan opera sebagai satu jenis persembahan teater muzik.
Banyak istilah-istilah dan konsep-konsep muzikal dari muzik era ini digunakan sehingga ke hari ini. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri am, perpaduan emosi (yang bermakna serupa), perhiasan, dan satu rentak yang berkontras dengan improvisasi. Melodi-melodinya kebiasaannya mempunyai satu garisan yang berterusan, dinamik teres dan peluasan.

Wednesday, 26 October 2011

Pencipta komputer

Bill Gates
Bill Gates at CES 2007 (350043329).jpg
Nama lahir William Henry Gates III
Juga dikenali sebagai Bill Gates
Lahir 28 Oktober 1955 , Seattle, WA, Amerika Syarikat
Pekerjaan Pengerusi, Pengasas Microsoft, Yayasan Bill & Melinda Gates
Kekayaan bernilai Anggaran USD$58.0 Billion (2008)
Isteri Melinda French Gates
Anak-anak Jennifer Katharine Gates, Rory John Gates dan Phoebe Adele Gates
Laman web Laman rasmi
William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu.

Masa muda

William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama timangan “Trey”, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3 dalam salasilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya).
Salasilah Nama Gates
  • Moyang - William Henry Gates
  • Datuk - William Henry Gates II
  • Bapa - William Henry Gates Jr
  • Beliau - William Henry Gates III
Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.
Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.
Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.
Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine language).
Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.
Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.
Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.

Microsoft Corporation

BASIC

Gambar bersama pekerja-perkerja awal Microsoft pada Disember 7, 1978
Selepas membaca majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair 8800, Bill Gates menghubungi MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems), syarikat yang mencipta mikro komputer tersebut. Walaupun pada ketika ini beliau masih belum memulakan sebarang penulisan kod untuk Altair 8800, beliau memberitahu president syarikat MITS bahawa kerja-kerja membina pengantaraan BASIC sedang dibuat oleh rakan - rakan kongsinya. Bill Gates dan Paul Allen masih tidak dapat memulakan penulisan kod punca kerana mereka masih belum mempunyai Altair, tujuan beliau menelefon hanyalah untuk mendapat perhatian dari pihak MITS.
Presiden syarikat MITS bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi demonstrasi. Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan (emulator) untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque.
Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.
Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Pada Februari 1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran, mengedar dan mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya.
Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem.
Menurut Bill Gates, pekerja - perkarja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu kerja pada awal penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon yang meminta barang dihantar, adalah orang yang harus membungkus barang dan menghantarnya. Bill Gates mempunyai tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya tetapi tetap membantu di dalam penulisan kod. Dalam 5 tahun yang pertama penubuhan Microsoft, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu baris kod sumber dan juga membuat pembaikian kod, jika perlu, sebelum ia diedarkan.

Kerjasama dengan IBM


Bill Gates muncul dalam majalah Time pada 1984
Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi terbaru syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system operasi CP/M yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI).
Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan. Menurut Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah lesen perisian. Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah sistem operasi yang hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP), Microsoft berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun, Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS. Setelah kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam computer peribadi , Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah sistem operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat dan pembayaran hanya dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat sistem operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai “klon”. [3].
Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI.
Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer peribadi yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan komputer-komputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer peribadi mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.

Windows

Gambar bersama Mitch Kapor dan Fred Gibbons pada 1984.
Pada tahun 1980 an, Microsoft memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan diperkemaskinikan oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan “Windows” untuk menandingi pasaran perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah digunakan (user friendly).
Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit dalam tempoh 2 tahun pertama dan memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul dalam penjualan sistem operasi.
Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam perniagaan sistem operasi, Microsoft berkerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan “Windows” secara sedia ada di dalam semua komputer-komputer baru. Dengan kejayaan kerjasama itu, Microsoft Corporation menjadi syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan menjadikan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia sehingga ke hari ini.

Strategi dan pengurusan

Bill Gates memberi keterangan di mahkamah pada Ogos 27, 1998.
Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab keatas strategi syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang pemasaran produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai syarikat perisian gergasi. Beliau juga adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan hampir semua keputusan besar syarikat itu yang menyebabkan beliau kerap ditarik ke mahkamah untuk memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan pemasaran beliau yang dikatakan berlaku tidak adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di mahkamah pada 1998, Bill Gates dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan. Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud “Lengkap”, “Ambil Berat”, “Jihat” dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim Jackson ketawa mendengarnya. [4]
Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies yang menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika menyoalnya. Bill Gates menambah “Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya, sikap biadap saya kepada David Boise adalah yang terbesar”. Walaupun dinafikan oleh Bill Gates, hakim membuat keputusan bahawa Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di dalam Akta Sherman dengan melaku pembolotan dalam perniagaan dan cuba menyekat persiangan.
Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga pengurus-pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak menyukai apa yang didengar atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau didengari menjerit “Ini adalah benda terbodoh yang pernah saya dengar” atau “Apa pasallah kau tak masuk pasukan keamanan sahaja?” kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, beliau biasanya mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari pekerja yang dimarahinya. Jikalau beliau tidak berpuas hati dengan kerja – kerja yang dihadapi oleh pengurus teknikal, sesekala beliau dikatakan bertanya mereka “Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada hari minggu ni ke?”
Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan, pemasaran dan pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam pembinaan perisian terutamanya di dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.
Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".
Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh masa dalam masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau menlantik Ray Ozzie sebagai "Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan jawatan "Pengerusi" dan sebagai penasihat untuk projek-projek utama syarikat sahaja. Salah satu usaha beliau sebelum melepaskan jawatan hariannya di Microsoft ialah menghasilkan kumpulan perisian robotik.

[sunting] Kehidupan peribadi

Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Ibu Bill Gates, Mary Maxwell meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas majlis perkahwinannya. Bapanya, Willian Henry Gates Jr, berkahwin semula dengan pengarah muzium Seattle, Mimi Gardner. Seluruh keluarga, termasuk kakak dan adik perempuan beliau menetap di Seattle.
Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.
Rumah beliau yang beralamat di 1835, 73rd Ave NE, Medina, WA St98039-2328, terletak di pinggir tasik Washington yang dipanggil rumah ekologi mengambil masa 7 tahun unutk siap. Rumah yang sebesar 40,000 kaki persegi ini dibina oleh James Cutler bernilai USD $97 juta pada awal pembinaan tetapi kemudiannya melebihi 40% dari harga asal setelah siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan tanah dan rumah sesudah siap ialah USD $125 juta menjadikannya rumah termahal di dunia. Cukai tahunan rumah itu sahaja hampir mencapai USD1 juta.
Antara koleksi antik peribadi milik Bill Gates ialah Codex Leicester, sebuah koleksi penulisan Leonardo da Vinci. Beliau membelinya dengan harga USD $30.8 juta di dalam jualan lelong pada tahun 1994.
E-mail Bill Gates telah diedarkan secara meluas dan pada 2004, beliau menerima lebih kurang 4,000,000 e-mail sehari, yang mana kebanyakannya adalah spam. Microsoft Corporation mempunyai sebuah jabatan yang mana tugas mereka adalah untuk menapis e-mail spam sahaja. Menurut Bill Gates, kebanyakan e-mail spam yang diterimanya ialah e-mail skim cepat kaya atau meminta wang darinya yang kadangkala amat lucu apabila dibaca tetapi selalunya amat menyakitkan hati.

Kekayaan dan pelaburan

Bill Gates telah menjadi senarai tetap majalah Forbes untuk "400 Orang terkaya di Amerika Syarikat” (dari tahun 1993 sehingga 2006; dan mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia dari 1995 sehingga 2007 (kecuali 1997).
Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya Warren Buffett.
Menurut senarai Forbes orang-orang paling kaya dalam dunia[5][6]:

Dana sumbangan dan kebajikan

Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi.
Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill & Melinda Gates juga telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada banyak organisasi termasuk United Negro College Fund.
Menurut majalah Forbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29 billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.
Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyak sumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan juga muncul dalam Oprah Winfrey untuk menekankan issue-isue yang ada di dalam sistem pembelajaran Amerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk membentangkan issue tersebut.

Anugerah dan penghormatan

Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2 orang yang mendapat tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut.
Majalah TIME juga menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2, Bono sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di dalam misi kemuanusiaan. Pada tahun yang sama, pada bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan “Knight Commander of the Order of the British Empire” daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.
Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times “Power List” pada tahun 1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media" pada tahun 2001.
Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.
Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award” dari International Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan “Order of the Aztec Eagle” untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".